KESOLEHAN IBU DAN AYAH
Pertama dan yang paling
penting adalah Kesolehan orang tua.
Dengan kesolehan keduanya, anak-anak akan menjadi baik. Anak-anak tumbuh sesuai
yang dibiasakan orang tuanya.
Penyebutan ibu di dahulukan dari
pada ayah kerana beban terbesar dalam pendidikan anak berada di pundak ibu,
mengingat kebersamaannya yang lebih lama dengan anak-anak, berbeza dengan ayah
yang sibuk mencari rezeki. Mendidik anak-anak agar tumbuh mencintai dan
mengamalkan agama ini. Generasi yang demikian haruslah tumbuh dari tanah yang
baik dan subur, sebagaimana yang dikatakan oleh as-Syaukhi:
Ibu adalah sekolah jika engkau mempersiapkannya
Dengan mempersiapkannya bererti telah
menyiapkan generasi yang harum namanya
Ibu adalah sekolah pertama yang menelurkan ulama, dai dan
mujahid-mujahid pemberani. Kerananya ibu (isteri) solehah amatlah penting dalam
membangun masyarakat dan melahirkan generasi yang diberkahi. Rasulullah -shalallahu alaihi wasallam- pun mendorong
dan memotivasi hal ini dengan sabdanya:
“Wanita
dinikahi kerana empat hal; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan
agamanya. Pilihlah agamanya maka engkau tidak akan menyesal.” 0F[1]
Benar...
Beruntunglah engkau yang memilih isteri
solehah lagi berilmu, sehingga melahirkan untuk umat ini ulama.
Beruntunglah engkau yang memilih isteri
mujahidah (pejuang), sehingga
melahirkan untuk umat ini para kesatria.
Beruntunglah engkau yang memilih isteri
pendakwah, sehingga melahirkan untuk umat ini para juru dakwah.
Beruntunglah engkau yang memilih isteri
yang ahli ibadah, sehingga melahirkan untuk umat ini para ahli ibadah.
Beruntunglah engkau...
Kerananya para ibu memiliki peranan
besar dan agung dalam membangun keperibadian anak dan dalam mendidik mereka
agar mengamalkan agama ini. Demikian juga para ayah, yang memiliki peranan
besar yang tidak lebih kecil dari peranan ibu.
Para orang tua hendaknya
memperhatikan perkara penting yang memiliki pengaruh besar pada keperibadian
anak iaitu interaksi diantaraa orang tua. Interaksi diantara kedua orang tua
adalah pendidikan harian yang disaksikan langsung oleh anak-anak di depan mata
mereka.
Yang Semestinya dilakukan orang
tua:
1.
Hendaknya keduanya saling
menghargai, terkhusus jika berada di hadapan anak-anak.
2.
Tidak mempertontonkan perselisihan
keduanya di hadapan anak-anak.
3. Mengikuti petunjuk Nabi dalam hak-hak pergaulan
serta saling komitmen di diantara ayah dan ibu dengan hak-hak masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan