Selasa, 18 Disember 2018
Kalam Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor
Petikan Ucapan dasar Presiden PAS Muktamar ke 44- 15,16 & 17 Mei 1998.
Isnin, 17 Disember 2018
Politik
boleh jadi tempat menabur janji
boleh jadi medan menunaikan amanah
banyak jadi pelantar mengkhianati amanah
sedikit jadi janji ditunaikan
Politik
yang jujur bercampur nista
kata-kata bodoh dianggap mutiara
yang cerdik boleh jadi bodoh
yang bodoh boleh jadi cerdik
Politik
musuh hari ini, kawan pada esok hari
kawan hari ini, musuh esok hari
tiada kawan, musuh yang kekal
berkobar-kobar berucap, berapi-api berkata-kata,
Politik
tutur kata untuk kepentingan sendiri
lakonan sikap dan kemunafikan untuk kepentingan sendiri
memberi dorongan dan pujian pada hanya untuk kepentingan sendiri
Politik ....tiada kesudahan...politik tiada pengakhiran...
boleh jadi tempat menabur janji
boleh jadi medan menunaikan amanah
banyak jadi pelantar mengkhianati amanah
sedikit jadi janji ditunaikan
Politik
yang jujur bercampur nista
kata-kata bodoh dianggap mutiara
yang cerdik boleh jadi bodoh
yang bodoh boleh jadi cerdik
Politik
musuh hari ini, kawan pada esok hari
kawan hari ini, musuh esok hari
tiada kawan, musuh yang kekal
berkobar-kobar berucap, berapi-api berkata-kata,
Politik
tutur kata untuk kepentingan sendiri
lakonan sikap dan kemunafikan untuk kepentingan sendiri
memberi dorongan dan pujian pada hanya untuk kepentingan sendiri
Politik ....tiada kesudahan...politik tiada pengakhiran...
BILAKAH SAF PERLU DIBENTUK ?
Saf mula dibentuk sebaik sahaja iqamah telah dikumandangkan. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata :
أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ فَسَوَّى النَّاسُ صُفُوفَهُمْ
Maksudnya : Apabila telah dilaungkan iqamah maka orang ramai pun meluruskan saf mereka.
Riwayat Al-Bukhari (640)
Riwayat di atas ini jelas menunjukkan bahawa saf diluruskan setelah iqamah dilaungkan. Kerana dalalah huruf الفاء di antaranya menunjukkan kepada tertib (turutan). Pandangan ini dikuatkan lagi dengan sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A bahawa beliau berdiri untuk solat ketika muazzin mengucapkan :
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاة
Maksudnya : Telah tiba masa solat untuk didirikan.
Imam Sa'id Ibn al Musayyib Rahimahullah berkata :
إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ الله أَكْبَرُ وَجَبَ الْقِيَامُ وَإِذَا قَالَ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ عُدِّلَتِ الصُّفُوفُ وَإِذَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَبَّرَ الْإِمَامُ
Maksudnya : Apabila muazzin (tukang azan) mengatakan Allahu Akbar maka wajib (untuk makmum) berdiri dan apabila muazzin mengatakan Hayya 'Ala Al-Solah maka saf diluruskan dan apabila muazzin mengatakan La Ilaaha IllaLlah maka Imam pun bertakbir. Lihat Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari, Ibn Hajar (2/120).
Kesimpulan
Justeru, setiap makmum yang hadir menunaikan solat secara berjemaah hendaklah peka dan mengambil cakna sebaik sahaja iqamah dikumandangkan. Tatkala muazzin melaungkan iqamah hendaklah mereka terus bangun serta berdiri di dalam saf dengan kedudukan yang teratur lagi lurus. Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kefahaman dalam beragama. Ameen
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2016
Ahad, 16 Disember 2018
BARISAN ALTERNATIF
Barisan Alternatif
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan Malaysia |
Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Mala
ysia (PRM).
BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.[1] Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.[2]
Barisan Alternatif pernah ditubuhkan secara komitmen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 setelah Anwar Ibrahimdisingkirkan dari kerajaan kerana kes liwat pertama pada 20 September 1998. Seterusnya pada 24 Oktober, empat parti pembangkang terbesar -- Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia(PRM) -- mengumumkan perikatan pilihan raya dan mengeluarkan manifesto bersama.[3]
Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.
Perpecahan
Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.
Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.[4]
Pilihan Raya Umum 2004
Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN. Akhirnya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terkenal dengan Islam Hadhari berjaya merampas semula Terengganu dan BN mencapai kemenangan besar di tempat lain. PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKN hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi. Ini masih kurang daripada DAP yang memenangi 12 kerusi.
Penggabungan PKN dengan PRM
Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.
Kebangkitan semula
Dalam pilihan raya 2008, BA bersama dengan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS.
Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.
Di Pulau Pinang pula, DAP dapat menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri.
Sementara di negeri Perak dan Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim(PKR) menjadi Menteri Besar.
Pakatan Rakyat
Rencana utama: Pakatan Rakyat
Kedua-dua buah parti komponen Barisan Alternatif, iaitu PAS dan PKR, bersama dengan DAP, menubuhkan Pakatan Rakyat yang menggantikan Barisan Alternatif ini. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.
RIB’I IBN ‘AMIR DENGAN PANGLIMA PARSI, RUSTUM
Nama sebenarnya, Rib'i ibn 'Amir ibn Khalid ibn 'Amar al-Usaidi al-'Amrawi al-Tamimi, salah seorang panglima tentera Islam dalam pembukaan Iraq. Beliau termasuk daripada kalangan bangsawan Arab.
Rib'i ibn Amir sempat bertemu dengan Nabi SAW dan menyertai pembukaan kota Damsyiq. Begitu juga Peperangan Nahawand. Beliau sama-sama pergi ke Qadisiyah. Surat Saidina Umar yang dikirim kepada Abi Ubaidah al-Jarrah supaya menggerakkan tentera ke Negeri Iraq, salah seorang panglimanya adalah Rib'i ibn Amir.
Kisah pertemuannya dengan Rustum telah diceritakan oleh Ibn Kathir dalam kitab Tarikhnya yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah. Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslimin pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas R.A dengan tentera Parsi pimpinan Rustum, Sa’ad terlebih dahulu mengirim utusan kepada Rustum beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir R.A.
Maka Rib’i pun pergi dan menemui Rustum. Mereka telah menghiasi pertemuan itu dengan hamparan bantal yang dijahit dengan benang emas, serta permaidani-permaidani dari sutera. Mereka menzahirkan kekayaan mereka dengan berbagai jenis perhiasan berupa permata yaqut, permata-permata yang mahal, dan perhiasan lain yang mengaburi mata. Rustum memakai mahkota dan duduk di atas singgahsana daripada emas.
Ia amat jauh berbeza keadaannya dengan Rib’i. Beliau masuk dengan hanya memakai baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai dan kuda yang pendek. Rib’i tetap di atas kudanya sehingga menginjak hujung permaidani. Kemudian beliau turun dan mengikatkan kuda tersebut di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Setelah itu beliau lantas masuk dengan senjata, baju besi, dan penutup kepalanya.
Mereka berkata, “Letakkan senjatamu!” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat datang kepadamu tetapi kamulah yang mengundangku datang ke mari. Jika kamu memerlukan aku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika kamu tidak izinkan, maka aku akan segera kembali.”
Lantas Rustum berkata, “Biarkan dia masuk.”
Maka Rib’i datang sambil bertongkat dengan tombaknya dalam keadaan posisi hujung tombak ke bawah sehingga menyebabkan bantal-bantal yang dilaluinya penuh dengan lubang-lubang bekas tombaknya.
Mereka bertanya, “Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?”
Beliau menjawab:
اللَّهُ ابْتَعَثْنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللَّهِ، وَمِنْ ضِيقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَتِهَا، وَمِنْ جَوْرِ الْأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الْإِسْلَامِ، فَأَرْسَلَنَا بِدِينِهِ إِلَى خَلْقِهِ لِنَدْعُوَهُمْ إِلَيْهِ، فَمَنْ قَبِلَ ذَلِكَ قَبِلْنَا مِنْهُ وَرَجَعْنَا عَنْهُ، وَمَنْ أَبَى قَاتَلْنَاهُ أَبَدًا حَتَّى نُفْضِيَ إِلَى مَوْعُودِ اللَّهِ
Maksudnya: “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka sesiapa yang menerima perkara tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi sesiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya sehinggalah kami berjaya memperoleh apa yang dijanjikan Allah SWT.”
Mereka bertanya, “Apa yang dijanjikan Allah (kepada kamu)?”
Rib’i ibn Amir menjawab, “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”
Rustum pun berkata, “Sesungguhnya aku telah mendengar perkataan-perkataan kamu. Tetapi bolehkah kamu memberi penangguhan perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kamu pun mempertimbangkannya?”
Rib’i menjawab, “Ya, berapa lama masa yang kamu mahu? Sehari atau dua hari?”
Rustum menjawab, “Tidak, tetapi sehingga kami menulis surat kepada para pemimpin kami.”
Maka Rib’i pun berkata, “Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan semenjak bertemu musuh lebih daripada tiga (hari). Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah satu daripada tiga pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”
Rustum bertanya, “Adakah kamu pemimpin mereka?”
Beliau menjawab, “Tidak, tetapi kaum muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah dari mereka dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”
Akhirnya Rustum mengumpulkan para pemimpinnya kemudian berkata, “Pernahkah kamu melihat (walau sekali) yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?”
Mereka menjawab, “Kami minta perlindungan Allah supaya engkau tidak terpengaruh kepada sesuatu dari (ajakan) ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”
Rustum menjawab,
وَيْلَكُمْ لَا تَنْظُرُوا إِلَى الثِّيَابِ، وَانْظُرُوا إِلَى الرَّأْيِ وَالْكَلَامِ وَالسِّيرَةِ، إِنَّ الْعَرَبَ يَسْتَخِفُّونَ بِالثِّيَابِ وَالْمَأْكَلِ، وَيَصُونُونَ الْأَحْسَابَ
Maksudnya: “Celaka kamu! Janganlah kamu melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, perkataan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya orang ‘Arab menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/623; Tarikh al-Umam wa al-Muluk, 2/402, Hayat al-Sahabah, 1/259)
Sedikit fakta berkenaan Peperangan Qadisiyah, di mana Rib’i ibn Amir juga menyertainya. Keputusan peperangan menyaksikan tentera Islam menang dengan bergaya. Peperangan ini berlaku di Kota Qadisiyah, Iraq pada bulan Muharram, tahun 14 Hijrah. Pemimpin utama ialah Sa'ad bin Abi Waqqas R.A salah seorang sahabat Nabi SAW yang terkemuka. Tentera Islam berjumlah 30 ribu sedangkan tentera Parsi melebihi 200 ribu. Termasuk juga 33 ekor gajah dari pihak Parsi.
Semoga Allah lahirkan ramai lagi dalam kalangan umat Islam seperti Rib’i ibn ‘Amir ini yang mempunyai keberanian, kepetahan berhujah dan keikhlasan dalam menegakkan agama-Nya
Langgan:
Ulasan (Atom)
UMMAT MAKIN KELIRU M utakhir ini sering kali terjadi pertembungan antara agamawan di media sosial, masing-masing ingin menang dengan penda...
-
Fatwa Orang Tua Bila diri ingin dikenang Semailah benih di tengah sawah Bila diri ingin dikenang Semailah benih di tengah sawah Bawalah...
-
N ama sebenarnya, Rib'i ibn 'Amir ibn Khalid ibn 'Amar al-Usaidi al-'Amrawi al-Tamimi, salah seorang panglima tentera Isla...







