Jumaat, 16 Februari 2018

Mutiara Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"kita perlu ingat , doa bukan bergantung pada tok guru, ustaz atau sesiapa, sebaliknya kepada Allah semata-mata. Tok guru atau ustaz hanya mengajar tetapi yang akan meminta kepada Allah adalah kita sendiri"
 
-Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat-
Bicara Ini Demi Ilahi, m/s 45
 

Khamis, 15 Februari 2018

Mutiara Nasihat Dato Fadzil Noor





" Saya ingin menyeru golongan ulama dan intelektual islam supaya menyedari peranan mereka dan janganlah membiarkan diri diperalatkan oleh golongan nasionalis secular bagi menghalalkan tindakan-tindakan dan mempertahankan survival politik mereka"

-Bab 5, Ulama Teras Kepimpinan Ummah, m/s 128,
Buku Koleksi Ucapan Dasar Muktamar PAS Kali Ke 36 Hingga 48
oleh  Dato Fadzil Noor, Pen : PAS Kawasan Ledang, 2003.

Mutiara Nasihat- Dato' Fadzil Mohd Noor

" Hari ini golongan sufaha' berlagak sebagai ulama, mereka lantang bercakap tentang agama dengan berbagai-bagai fatwa. Apabila golongan sufaha' berlagak sebagai ulama, maka alamatnya kehancuran akan berlaku.

-Bab 5, Ulama Teras Kepimpinan Ummah, m/s 129,
Buku Koleksi Ucapan Dasar Muktamar PAS Kali Ke 36 Hingga 48
oleh  Dato Fadzil Noor, Pen : PAS Kawasan Ledang, 2003.
Karya Shahnon Ahmad, yang pernah menggemparkan seluruh Negara suatu ketika dulu, kritikan cerdas, pedas kepada pemimpin-pemimpin politik, karya jujur seorang sasterawan membantah kehadiran  politikus  yang melakukan penindasan, penyelewengan dan pendustaan terhadap rakyat marhaen, SHIT masih wujud hari ini.
" Keunggulan sesebuah masyarakat turut memberi sumbangan kepada keunggulan dan kemuliaan Negara. Tetapi masyarakat tidak mungkin unggul kiranya institusi keluarga yang menjadi tonggak masyarakat ketandusan nilai agama, akhlak dan budayanya"

-Dato Fadzil Mohd Noor-
 Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke 41
27 Ogos 1995
Dato' Fadzil Mohd Noor
1937-2002

" apabila ada pemimpin bercakap soal keruntuhan akhlak remaja, sedangkan pemimpin itu jugalah yang menjadi penaung atau perasmi program mungkar. Malahan mereka jugalah yang terlibat dengan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dalam hal ini, kenyataan demi kenyataan yang melahirkan kebimbangan kerajaan terhadap keruntuhan akhlak hanya menjadi retorika semata-mata".
 
-Dato' Fadzil Noor, Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke 43. 30 MEI 1997.

Rabu, 14 Februari 2018

Dato' Fadzil Noor- Pesanan Untuk Para Ulama

DATO' FADZIL MOHD NOOR
1937-2002
"Demi menjaga imej ulama, maka saya mengulangi seruan supaya ulama tampil dengan kehebatan menggali khazanah ilmu, menekuni dan menyelidiki perkara yang melibatkan keseluruhan maslahah masyarakat dan membuat ijtihad atas perkara-perkara yang perlukan pandangan terkini, termasuk dalam aspek politik, sosial , ekonomi dan muamalat"
 
Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 48
31 Mei 2002

Puisi Dr MAZA


Fatwa Orang Tua

Fatwa Orang Tua
Bila diri ingin dikenang
Semailah benih di tengah sawah
Bila diri ingin dikenang
Semailah benih di tengah sawah

Bawalah ilmu padi di ladang
Tambah berisi tunduk ke bawah
Bawalah ilmu padi di ladang
Tambah berisi tunduk ke bawah

Bila diri ingin terpandang
Jauhi kata tinggi melambung
Bila diri ingin terpandang
Jauhi kata tinggi melambung

Jauhi sifat ayam di kandang
Bertelur satu ribut sekampung
Jauhi sifat ayam di kandang
Bertelur satu ribut sekampung

Jauhi sifat mengaku pandai
Angkuh dan sombong menepuk dada
Jauhi sifat mengaku pandai
Angkuh dan sombong menepuk dada

Ingat petuah penyu di pantai
Telur beratus namun tak bangga
Ingat petuah penyu di pantai
Telur beratus namun tak bangga

Bila ingin harum bak mawar
Jauhi sifat meninggi diri
Bila ingin harum bak mawar
Jauhi sifat meninggi diri

Bisa ular tidak kan tawar
Walau menyuruk batang berduri
Bisa ular tidak kan tawar
Walau menyuruk batang berduri
Judul Lagu : Fatwa Orang Tua
Vocal : Rukiah Zein
Ciptaan : Prof. H.A. Baqi
Nama Grup : Orkes El Suraya Medan
Peribahasa Melayu, ikut resmi padi makin berisi makin tunduk
membawa maksud semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri

Mentauqir ulama bukan Mentaqdis

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.
 
Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.
 
Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.
Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.

  UMMAT MAKIN KELIRU M utakhir ini sering kali terjadi pertembungan antara agamawan di media sosial, masing-masing ingin menang dengan penda...