Selasa, 24 September 2019

SAJAK USMAN AWANG


Yang Kurik itu Kundi
Yang Merah itu Saga
Yang Cantik itu budi
Yang Indah itu Bahasa...

----------------------------------------------------------------------------

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Ahad, 22 September 2019

HUKUM MAKAN BUAYA


HUKUM MAKAN BUAYA
Pendapat : Yang Mengharamkan
Berikut ini adalah rincian fatwa para ulama yang mewakili mazhab besar :
Ibnu Qudamah (w. 620 H) salah satu ulama rujukan dalam mazhab Al-Hanabilah menuliskan di dalam kitabnya, Al-Mughni tentang hukum memakan buaya sebagai berikut :                         
فأمَّا التمْسَاحُ فقدْ نقِلَ عَنهُ مَا يَدُلُّ عَلَى أَنهُ لا يُؤكَل
Buaya itu hukumnya sebagai dinukil dari beliau tidak boleh dimakan.[1]
Di dalam kitab yang lain, iaitu Al-Kafi fi Fiqhi Al-Imam Ahmad, beliau juga menuliskan hal yang senada :
وكره أحمد  التمساح لأنه ذو ناب فيحتمل أنه محرم لأنه سبع
Imam Ahmad memakruhkan buaya kerana bertaring sehingga dimungkinkan haram hukumnya kerana termasuk haiwan buas.[2]
Al-Mardawi (w. 885 H), seorang ulama besar lainnya dalam mazhab Al-Hanabilah menuliskan tentang hukum memakan buaya ini di dalam kitabnya, Al-Inshaf fi Ma'rifatirrajih Minal Khilaf sebagai berikut :
وَأَمَّا التمْسَاحُ: فجَزَمَ المُصَنفُ هُنَا: أنهُ مُحَرَّمٌ وَهُوَ الصَّحِيحُ مِنْ المَذهَبِ
Adapun buaya maka mushannif menetapkan hukumnya haram dan itu adalah fatwa sahih dari mazhab (Hambali).[3]                        

Al-Buhuti (w. 1051 H), yang juga merupakan ulama besar dalam mazhab Al-Hanabilah menuliskan di dalam kitabnya yang terkenal, Ar-Raudh Al-Murbi' Syarah Zadul Mustaqni' tentang hukum memakan buaya sebagai berikut :

ويباح حيوان البحر كله) لِقَوْلِهِ تَعَالَى أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ (إلا الضفدع) لأنها مستخبثة (و) إلا (التمساح) لأنه ذو ناب يفترس به
Dan dihalalkan seluruh haiwan laut berdasarkan firman Allah  SWT : (dihalalkan hasil tangkapan laut), kecuali katak kerana dianggap khabats (jorok/menjijikkan) dan buaya kerana punya taring untuk mengoyak mangsanya.[4]                  
2. Pendapat Yang Menghalalkan
Tercatat dua tokoh menghalalkan daging buaya, iaitu Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dan Syeikh Bin Bas, serta Lajnah Daimah Kerajaan Saudi Arabia.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin (w. 1421 H) berfatwa bahawa memakan buaya itu halal hukumnya. Di dalam banyak kitab dan juga kaset rekaman, beliau termasuk orang yang setia pada pendapat halalnya buaya.
ولا يستثنى مما في البحر شيء  فكل ما فيه حلال لعموم الآية والحديث  واستثنى بعض العلماء الضفدع والتمساح والحية ، والراجح أن كل ما لا يعيش إلا في البحر حلال
Tidak ada pengecualian pada haiwan laut bahawa semua yang ada di dalamnya halal, dengan keumuman ayat dan hadits. Meskipun sebahagian ulama mengecualikan katak, buaya dan ular namun yang rajih bahawa semua yang hidup di laut itu halal.[5]
وهذا القول هو الصحيح الراجح أن صيد البحر كله حلال لا يستثنى منه شيء واستثنى بعض أهل العلم من ذلك  الضفدع والتمساح والحيَّة وقال : إنه لا يحل أكلها ولكن القول الصحيح العموم ، وأن جميع حيوانات البحر حلال ، حيهُ وميتهُ
Pendapat ini adalah pendapat yang sahih rajih bahawa buruan haiwan laut itu halal seluruhnya tanpa ada pengecualian sedikit pun. Sebahagian ahli ilmu mengecualikan katak, buaya dan ular dengan mengatakan tidak boleh memakannya. Namun pendapat yang sahih adalah yang umum bahawa seluruh haiwan air halal, baik dalam keadaan hidup atau bangkainya.[6]
3. Pembahasan
Pendapat yang mengatakan bahawa buaya itu halal dengan alasan bahawa Allah SWT telah menghalalkan semua haiwan laut tanpa terkecuali punya beberapa catatan penting, iaitu :
a. Menyelisihi Pendapat Jumhur Ulama
Umumnya para ulama 4 mazhab sepakat bahawa tidak semua haiwan laut itu halal. Ada beberapa yang menjadi pengecualian, seperti kerana dia buas atau dianggap menjijikkan.
b. Buaya Bukan Haiwan Laut
Buaya sebenarnya bukan haiwan laut tetapi haiwan reptil yang kadang dapat menyelam ke dalam air, itupun bukan air laut melainkan air tawar. Kalau pun ada yang membolehkan makan daging buaya dengan alasan dibolehkan Al-Quran, sebenarnya kurang tepat. Kerana buaya bukan haiwan laut tetapi haiwan air tawar. Maka yang digunakan sebenarnya bukan ayat Al-Quran secara apa adanya, melainkan menggunakan qiyas, iaitu qiyas antara laut dengan sungai atau rawa-rawa.                        
Perlu dicatat bahawa tidak ada satu pun ayat atau hadir yang secara tegas membolehkan kita makan bangkai air tawar. Yang ada cuma laut saja. Kalau mau tetap pakai nash yang zhahirnya, maka semua bangkai haiwan air tawar seharusnya tidak termasuk yang dihalalkan.                        
c. Buaya Bukan Jenis Ikan
Tapi tetap jadi masalah kerana sebenarnya buaya itu bukan ikan. Padahal hadits-hadits yang menghalalkan itu bunyinya as-samak yang ertinya ikan. Ikan itu beda dengan buaya di dalam banyak hal                        
  • Ikan bernafas dengan insang sedangkan buaya bernafas dengan paru-paru.
  • Ikan segera mati kalau kelamaan di darat, sedangkan buaya dapat hidup lama di darat seperti sepupunya kadal, komodo dan haiwan reptil lainnya. Buaya tidak hanya hidup di air tapi juga dapat hidup di darat dalam waktu yang cukup lama                         
Maka status buaya sebagai haiwan air masih agak disangsikan, apalagi kalau dipaksa bahawa buaya itu termasuk ikan.Oleh kerana itu umumnya ulama sepakat bahawa buaya itu haiwan yang haram dimakan, dengan beberapa alasan :                        
d. Buaya Termasuk Haiwan Buas                         
Dalam hal ini hampir semua ulama sepakat mengharamkan buaya, maksudnya kerana wujudnya merupakan haiwan buas. Dan hukum haiwan buas itu pada dasarnya haram.
Demikian uraian singkat tentang keharaman daging buaya, semoga bermanfaat.

[1] Ibnu Qudamah, Al-Muhgni, jilid 9 hal. 425
[2] Ibnu Qudamah, Al-Kafi fi Fiqhi Al-Imam Ahmad, jilid 1 hal. 558
[3] Al-Mardawi, Al-Inshaf fi Ma'rifatirrajih Minal Khilaf, jilid 10 hal. 365
[4] Al-Buhuti, Raudh Al-Murbi' Syarah Zadul Mustaqni, jilid hal.
[5] Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Fatwa Islamiyah, jilid 3 hal. 388
[6] Fatwa Nurun Alad-Darbi


BACAAN APABILA MASUK RUMAH


BACAAN APABILA MASUK RUMAH
18- بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ.
18.“Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal”. Kemudian mengucapkan salam kepada keluarga-nya.[1]


[1]. HR. Abu Dawud: 4/325, dan Al-‘Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Dalam Kitab Shahih: “Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berzikir kepada Allah ketika masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), "Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)’.” Muslim, no. 2018.

BACAAN KETIKA KELUAR RUMAH


BACAAN KETIKA KELUAR RUMAH
16- بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ.
16.“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan kekuatan kecuali kerana pertolongan Allah”.[1]
17- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ.
  17.“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”.[2]



[1]. HR. Abu Dawud: 4/325, At-Tirmidzi: 5/490, dan lihat Shahih At-Tirmidzi: 3/151.
[2]. HR. Seluruh penyusun kitab Sunan, dan lihat Shahih At-Tirmidzi: 3/152 dan Shahih Ibnu Majah: 2/336.

DO’A BAGI ORANG YANG MENGENAKAN PAKAIAN BARU


DO’A BAGI ORANG YANG MENGENAKAN PAKAIAN BARU
7- تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللهُ تَعَالَى.
7.”Kenakanlah sampai lusuh, semoga Allah ta'ala memberikan gantinya kepadamu.[1]
8- اِلْبِسْ جَدِيْدًا، وَعِشْ حَمِيْدًا، وَمُتْ شَهِيْدًا.
8.“Berpakaianlah yang baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid”.[2]


BACAAN KETIKA  MELETAKKAN  PAKAIAN
9- بِسْمِ اللهِ.
9.”Dengan nama Allah (aku meletakkan baju)”.[3]



[1]. HR. Abu Daud 4/41 dan lihat pula Shahih Abi Dawud, 2/760.
[2]. HR. Ibnu Majah: 2/1178, Al-Baghawi: 12/41 dan lihat Shahih Ibnu Majah: 2/275.
[3]. HR. At-Tirmidzi: 2/505 dan Imam yang lain. Lihat Irwa’ul Ghalil, 49 dan Shahihul Jami’: 3/203.

DO’A KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN


DO’A KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN
5- اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِن ْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ.
5. “Segala puji bagi Allah Yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki dari-pada-Nya tanpa daya dan kekuatan dari-ku.”[1]

DO’A KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN BARU
6- اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ.
6.“Ya Allah, hanya milik-Mu segala puji, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada-Mu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kerana-nya”.[2]




[1]. HR. seluruh penyusun kitab sunan, kecuali Nasa’i, lihat; Irwaa’ul ghalil: 4/47.
[2]. HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Baghawi dan lihat Mukhtashar Syamaailit Tirmidzi, oleh Al-Albani, hal: 47.


  UMMAT MAKIN KELIRU M utakhir ini sering kali terjadi pertembungan antara agamawan di media sosial, masing-masing ingin menang dengan penda...