HUKUM MAKAN BUAYA
Pendapat : Yang Mengharamkan
Berikut ini adalah rincian fatwa para ulama yang mewakili mazhab besar :
Ibnu Qudamah (w. 620 H) salah satu ulama rujukan dalam mazhab Al-Hanabilah
menuliskan di dalam kitabnya, Al-Mughni tentang hukum memakan buaya sebagai
berikut :
فأمَّا التمْسَاحُ فقدْ نقِلَ عَنهُ مَا يَدُلُّ عَلَى أَنهُ لا يُؤكَل
Buaya itu hukumnya sebagai dinukil dari beliau tidak boleh dimakan.[1]
Di dalam kitab yang lain, iaitu Al-Kafi fi Fiqhi Al-Imam Ahmad,
beliau juga menuliskan hal yang senada :
وكره أحمد التمساح لأنه ذو ناب فيحتمل أنه محرم لأنه سبع
Imam Ahmad memakruhkan buaya kerana bertaring sehingga dimungkinkan
haram hukumnya kerana termasuk haiwan buas.[2]
Al-Mardawi (w. 885 H), seorang ulama besar lainnya dalam mazhab Al-Hanabilah
menuliskan tentang hukum memakan buaya ini di dalam kitabnya, Al-Inshaf fi
Ma'rifatirrajih Minal Khilaf sebagai berikut :
وَأَمَّا التمْسَاحُ: فجَزَمَ المُصَنفُ هُنَا: أنهُ مُحَرَّمٌ وَهُوَ
الصَّحِيحُ مِنْ المَذهَبِ
Adapun buaya maka mushannif menetapkan hukumnya haram dan itu adalah
fatwa sahih dari mazhab (Hambali).[3]
Al-Buhuti (w. 1051 H), yang juga merupakan ulama besar dalam mazhab
Al-Hanabilah menuliskan di dalam kitabnya yang terkenal, Ar-Raudh Al-Murbi'
Syarah Zadul Mustaqni' tentang hukum memakan buaya sebagai berikut :
ويباح حيوان البحر كله) لِقَوْلِهِ تَعَالَى أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ
الْبَحْرِ (إلا الضفدع) لأنها مستخبثة (و) إلا (التمساح) لأنه ذو ناب يفترس به
Dan dihalalkan seluruh haiwan laut berdasarkan firman Allah SWT :
(dihalalkan hasil tangkapan laut), kecuali katak kerana dianggap khabats
(jorok/menjijikkan) dan buaya kerana punya taring untuk mengoyak mangsanya.[4]
2. Pendapat Yang Menghalalkan
Tercatat dua tokoh menghalalkan daging buaya, iaitu Muhammad bin Shalih
Al-Utsaimin dan Syeikh Bin Bas, serta Lajnah Daimah Kerajaan Saudi Arabia.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin (w. 1421 H) berfatwa bahawa
memakan buaya itu halal hukumnya. Di dalam banyak kitab dan juga kaset rekaman,
beliau termasuk orang yang setia pada pendapat halalnya buaya.
ولا يستثنى مما في البحر شيء فكل
ما فيه حلال لعموم الآية والحديث واستثنى بعض العلماء الضفدع والتمساح والحية ، والراجح أن كل ما لا يعيش
إلا في البحر حلال
Tidak ada pengecualian pada haiwan laut bahawa semua yang ada di
dalamnya halal, dengan keumuman ayat dan hadits. Meskipun sebahagian ulama mengecualikan
katak, buaya dan ular namun yang rajih bahawa semua yang hidup di laut itu
halal.[5]
وهذا القول هو الصحيح الراجح أن صيد
البحر كله حلال لا يستثنى منه شيء واستثنى بعض
أهل العلم من ذلك الضفدع
والتمساح والحيَّة وقال : إنه لا يحل أكلها ولكن القول الصحيح العموم ، وأن جميع حيوانات البحر حلال ، حيهُ
وميتهُ
Pendapat ini adalah pendapat yang sahih rajih bahawa buruan haiwan laut
itu halal seluruhnya tanpa ada pengecualian sedikit pun. Sebahagian ahli ilmu
mengecualikan katak, buaya dan ular dengan mengatakan tidak boleh memakannya.
Namun pendapat yang sahih adalah yang umum bahawa seluruh haiwan air halal,
baik dalam keadaan hidup atau bangkainya.[6]
3. Pembahasan
Pendapat yang mengatakan bahawa buaya itu halal dengan alasan bahawa
Allah SWT telah menghalalkan semua haiwan laut tanpa terkecuali punya beberapa
catatan penting, iaitu :
a. Menyelisihi Pendapat Jumhur Ulama
Umumnya para ulama 4 mazhab sepakat bahawa tidak semua haiwan laut itu
halal. Ada beberapa yang menjadi pengecualian, seperti kerana dia buas atau
dianggap menjijikkan.
b. Buaya Bukan Haiwan Laut
Buaya sebenarnya bukan haiwan laut tetapi haiwan reptil yang kadang dapat
menyelam ke dalam air, itupun bukan air laut melainkan air tawar. Kalau pun ada
yang membolehkan makan daging buaya dengan alasan dibolehkan Al-Quran,
sebenarnya kurang tepat. Kerana buaya bukan haiwan laut tetapi haiwan air
tawar. Maka yang digunakan sebenarnya bukan ayat Al-Quran secara apa adanya,
melainkan menggunakan qiyas, iaitu qiyas antara laut dengan sungai atau
rawa-rawa.
Perlu dicatat bahawa tidak ada satu pun ayat atau hadir yang secara
tegas membolehkan kita makan bangkai air tawar. Yang ada cuma laut saja. Kalau
mau tetap pakai nash yang zhahirnya, maka semua bangkai haiwan air tawar
seharusnya tidak termasuk yang dihalalkan.
c. Buaya Bukan Jenis Ikan
Tapi tetap jadi masalah kerana sebenarnya buaya itu bukan ikan. Padahal
hadits-hadits yang menghalalkan itu bunyinya as-samak yang ertinya ikan. Ikan
itu beda dengan buaya di dalam banyak
hal
- Ikan
bernafas dengan insang sedangkan buaya bernafas dengan paru-paru.
- Ikan
segera mati kalau kelamaan di darat, sedangkan buaya dapat hidup lama di
darat seperti sepupunya kadal, komodo dan haiwan reptil lainnya. Buaya
tidak hanya hidup di air tapi juga dapat hidup di darat dalam waktu yang
cukup lama
Maka status buaya sebagai haiwan air masih agak disangsikan, apalagi
kalau dipaksa bahawa buaya itu termasuk ikan.Oleh kerana itu umumnya ulama
sepakat bahawa buaya itu haiwan yang haram dimakan, dengan beberapa alasan
:
d. Buaya Termasuk Haiwan Buas
Dalam hal ini hampir semua ulama sepakat mengharamkan buaya, maksudnya kerana
wujudnya merupakan haiwan buas. Dan hukum haiwan buas itu pada dasarnya haram.
Demikian uraian singkat tentang keharaman daging buaya, semoga
bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan