UMMAT MAKIN KELIRU
Mutakhir ini sering kali terjadi pertembungan antara agamawan di media sosial, masing-masing ingin menang dengan pendapat dan pegangan sendiri. Jika pertembungan antara hujah dan hujah itu tidak menjadi masalah, jika pertembungan berakhir dengan situasi berlapang dada juga tidak jadi masalah, yang menjadi masalahnya sekarang adalah pertembungan yang sarat dengan fitnah,kejian,cacian,makian, sindiran, yang lebih bermasalah ialah pertembungan yang berakhir dengan kesombongan,masih berpegang dengan pegangan yang salah, dan lebih menghuru-harakan keadaan ialah apabila mendidik pengikutnya untuk bersama mendukung apa yang jelas telah salah.
Mengapa ini sedang terjadi,apakah agamawan-agamawan yang wujud hari ini sekadar agamawan cari makan dan keuntungan diri sendiri, atau apakah agamawan sebenarnya termasuk diantara 30 fitnah dajjal di akhir zaman.
Hati terdetik untuk bertanya pada agamawan, apakah untungnya berkelahi mempertahankan aliran masing-masing, tidakkah mereka terfikir bahawa umat ini semakin keliru dan bertambah keliru sehingga menjauh dari agama. Tidakkah anda sebagai agamawan sedar bahawa ummat ini semakin hari semakin jahil, cuba anda lihat di komentar media sosial lihatlah betapa jahilnya masyarakat kita, apakah anda belum sedar, kejahilan mereka adalah kerana kecelaruan anda para agamawan.
Apapun aliran yang anda semua anuti dan pegang janganlah meremehkan aliran selain aliran anda,cubalah untuk berfikir mencari titik kebenaran, kita semua boleh berkhilaf sampai kiamat namun keluar dari khilaf itu lebih selamat. Tidakkah anda agamawan semua sedar bahawa setiap aliran ada faktor sejarah dan hujjah masing-masing, cubalah untuk memahami bahawa setiap aliran adalah khazanah tinggalan ilmuan silam yang patut kita ambil manfaatnya dan murnikan semula agar ia kekal relevan sepanjang zaman,cubalah untuk kita fahami bahawa setiap aliran mempunyai sumbangan dan kepentingan yang besar sepanjang sejarah ummat ini,jadilah agamawan yang mencari kebenaran dalam setiap aliran,bukannya mempertahankan atau mendokong setiap aliran dengan benih ketaksuban.
Jika pertembungan aliran akidah,sedarkah anda wahai agamawan, kedua-dua aliran ini sama pentingnya untuk ummat, jangan dinafikan aliran salaf dan jangan dinafikan aliran khalaf,kerana kedua-dua aliran ini menjernihkan pemikiran ummat sepanjang sejarahnya,hari ini aliran salaf dan khalaf menjadi keruh dalam pemikiran ummat kerana anda agamawan yang mengaku salaf atau khalaf yang cuai dalam penyampaian dan banyak menyimpang dalam pertuturan hanya kerana mahu pengaruh dan lebih mementingkan kepentingan sendiri berbanding kepentingan ummat. sebagai contoh nyata, agamawan aswaja meremehkan pengajian tauhid tiga bahkan ada yang sebut pengajian ini sesat, begitu juga agamawan salafi yang merendahkan pengajian sifat 20 bahkan ada yang sebut pengajian ini sesat. Sedangkan kedua-dua aliran ini penting untuk ummat, kerana yang utama bagi ummat adalah kenal dan mengaku bahawa Allah Tuhan yang Maha esa.























